Subuh
5:36
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:24
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Warga India didakwa rancang bunuh pemisah Sikh di AS

Nov 30, 2023 | 11:34 AM



WASHINGTON: Jabatan Kehakiman Amerika Syarikat (DOJ) pada Rabu mendakwa seorang warganegara India atas tuduhan merancang pembunuhan seorang pemimpin pemisah Sikh di Amerika Syarikat pada awal tahun 2023. Tuduhan tersebut dibuat berdasarkan arahan yang diterima oleh individu terbabit daripada pegawai di India.


Mengurut DOJ, warga India, Nikhil Gupta, ditahan pada 30 Jun lalu, hanya lebih seminggu selepas lawatan negara Perdana Menteri India, Encik Narendra Modi, ke Washington.

Jabatan itu berkata, Gupta, 52 tahun, didakwa “ada kaitan dengan penyertaannya dalam rancangan yang digagalkan untuk membunuh seorang warga Amerika” yang berasal dari India, di New York.

Kenyataan itu menyatakan sasarannya sebagai “seorang pengkritik lantang pemerintah India” yang “mengetuai pertubuhan berpangkalan di Amerika menyokong pemisahan Punjab” – sebuah wilayah di utara India dengan penduduk Sikh yang besar.

Akhbar Financial Times, yang melaporkan dakwaan plot pembunuhan itu pada minggu lalu, mengenal pasti sasaran Gupta sebagai warga Amerika-Canada, Encik Gurpatwant Singh Pannun.


Kes ini memiliki persamaan dengan insiden yang terjadi di Canada, di mana pembunuhan seorang pemimpin pemisah Sikh lain pada bulan Jun dekat Vancouver telah menyebabkan ketegangan diplomatik antara Ottawa dan New Delhi.

Perdana Menteri Canada, Encik Justin Trudeau, pada September telah mengaitkan pemerintah New Delhi dengan pembunuhan Encik Hardeep Singh Nijjar, seorang warganegara Canada dan juga seorang pemimpin pemisah Sikh, yang terjadi pada 18 Jun lalu.

Encik Nijjar, yang telah dikehendaki oleh polis India atas tuduhan terlibat dalam kegiatan keganasan dan konspirasi untuk membunuh, telah menafikan semua tuduhan tersebut ketika diwawancara oleh media Canada.

Isu terbabit muncul ketika India-Amerika berdepan tempoh sukar ketika usaha membina hubungan lebih erat bagi menghadapi China yang dianggap sebagai ancaman bagi kedua-dua negara demokrasi itu

Kementerian Luar India mengesahkan akan menyiasat kebimbangan keselamatan disiarkan Amerika dalam amaran kepada New Delhi mengenai kaitan dengan rancangan pembunuhan pemimpin pemisah Sikh yang digagalkan.

“India memandang serius input sedemikian kerana ia juga menjejas kepentingan keselamatan negara,” katanya sambil berikrar untuk “mengambil tindakan susulan yang perlu” berhubung penemuan panel yang ditubuhkan pada 18 November lalu.

Rumah Putih mengesahkan sudah memberi amaran kepada New Delhi mengenai pembabitannya dalam rancangan membunuh Encik Pannun yang digagalkan, seminggu sebelum kenyataan Kementerian Luar India dikeluarkan.

Pada 22 November lalu, akhbar Financial Times mendedahkan plot pembunuhan Encik Panun di Amerika yang digagalkan.


Rumah Putih berkata, pihaknya menangani isu itu dengan ‘serius’ dan sudah memaklumkannya kepada ‘pemimpin paling kanan’ India.


Encik Pannun adalah penyokong tuntutan kemerdekaan tanah air Sikh, Khalistan dari India sejak beberapa dekad yang mencetuskan pemberontakan ganas pada 1970-an dan 1980-an. - Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >