Warga Indo ditahan di Brunei disyaki bawa bahan merbahaya

JAKARTA - TIGA warga Indonesia telah diberkas di Brunei kerana disyaki membawa bahan letupan.

"Iya benar bahawa saya mendapat tahu tentang (penangkapan) itu secara langsung dari kedua-dua pihak - dari polis dan pihak berkuasa Brunei. Kes sedang disiasat," kata Naib Presiden Indonesia, Encik M. Jusuf Kalla yang ditukil Antara semalam.

Sebelum ini, Kementerian Ehwal Luar Indonesia telah mengesahkan laporan bahawa polis Brunei telah memberkas tiga warga Indonesia yang dalam perjalanan ke Arab Saudi untuk mengerjakan ibadah umrah.

Mereka diberkas kerana disyaki membawa bahan letupan dan bendera Negara Islam Iraq dan Syria (ISIS).

Bagaimanapun, dua daripada mereka telah ditahan sementara individu ketiga akan dibicarakan pada 11 Mei ini. - Antara.

Waktu Solat

Subuh
5:37
Syuruk
7:00
Zuhur
1:03
Asar
4:27
Maghrib
7:03
Isyak
8:18
3 HR PSI: 26
27°/ 24 °
Tuesday - Thundery showers mainly over northern and eastern Singapore in the afternoon.
Wednesday - Late morning and early afternoon thundery showers.
Thursday - Afternoon thundery showers.