Subuh
5:36
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:24
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Malaysia
41333
0

Warga M’sia tunggang motosikal ‘kapcai’ jelajah dunia dari KL hingga Russia

Akan teruskan perjalanan hingga Maghribi dan pulang menerusi rantau Balkan
Aug 16, 2023 | 08:58 AM



Siapa sangka, motosikal ‘kapcai’ boleh bertahan lebih 18,000 kilometer dalam perjalanan dari Kuala Lumpur hingga ke Russia.

Demikian merupakan satu pencapaian baru bagi seroang penunggang warga Malaysia yang sedang berada dalam perjalanan menjelajah dunia dari benua Asia ke Afrika Utara.

Pengarah bengkel motosikal Kenny Motorworks, Encik Kenny Lee, 46 tahun yang berasal dari Klang, telah selamat tiba di Moscow pada Jumaat (11 Ogos) selepas sekitar dua setengah bulan merantau dengan motosikal Yamaha Y16ZR berkuasa 155 cc beliau, dari ibu kota tanah airnya. Beliau berangkat sekitar lewat Mei lalu.







Dalam satu catatan di Facebook pada Ahad, beliau kelihatan bergambar di depan Kremlin sambil mengangkat sepanduk jelajah dunia dengan menyatakan “Malaysia Boleh”.

Apabila dihubungi Berita Harian, bapa dua anak itu berkata beliau telah menempuhi jalan selama 76 hari merangkumi Thailand, Laos, China, Kyrgyzstan, Uzbekistan dan Kazakhastan sebelum memasuki Russia.


Namun, perhentian ini jauh daripada titik separuh jalan dalam rancangan perjalanan meliputi 60,000 kilometer dan dijangka mengambil sekitar lapan bulan untuk selesai secara keseluruhan.







Encik Lee yang juga merupakan seorang juara beberapa perlumbaan motosikal di Malaysia berkata, dalam fasa separuh pertama perjalanan ini, beliau bermatlamat merantau ke arah selatan selepas melawati rantau Skandinavia, hingga ke Maghribi di Afrika Utara menerusi Eropah, dan kemudian balik ke Eropah menerusi rantau Balkans.

Beliau kemudian merancang untuk pulang ke Malaysia setibanya musim salji sekitar Oktober dengan menaiki pesawat untuk berehat sebentar.

Apabila tibanya musim panas tahun depan, Encik Lee menjangkakan pulang kembali ke Eropah untuk meneruskan “perjalanan pulang” ke Malaysia melalui Iran, Timur Tengah dan Pakistan di Asia.

“Selepas ini saya akan menuju ke Nordkapp di Norway, kemudian Finland, Estonia, Eropah Tengah, Belanda, United Kingdom, Portugal, Sepanyol, Maghribi dan kemudian kembali ke Eropah menerusi rantau Balkans,” katanya yang sedang berada di St Petersburg ketika dihubungi pada malam Selasa.

“Saya akan cuba sampai Bulgaria sebelum musim sejuk sebab di situ ada perkhemahan motosikal yang membolehkan saya menyewa tempat letak motorsikal dengan harga sekitar 1.50 Euro ($2.23) sehari atau ke Sepanyol atau Italy kerana saya ada teman yang boleh jaga kenderaan saya.”

Encik Lee berkata perjalanan buat fasa pertama ini mungkin akan mengambil lagi sekitar dua atau tiga bulan sebelum musim bertukar pada Oktober lantas membuatnya tidak sesuai untuk menunggang motosikal dengan jarak jauh.

“Oleh sebab tiada gunanya saya bertapak di Eropah pada musim sejuk, saya akan kembali ke Malaysia untuk rehat sebentar dan mungkin dalam Mei atau Jun tahun depan saya akan kembali ke Eropah lagi untuk teruskan perjalanan pulang ke Asia yang mungkin akan mengambil lagi dua atau tiga bulan.”

Encik Lee berkata sejauh ini, beliau tidak mengalami sebarang masalah serius kecuali cabaran melalui rantau tinggi China yang melebihi 4,000 meter paras laut dengan cuaca dingin menjunam hingga empat darjah Celcius.

“Semuanya baik-baik sahaja, kecuali beberapa isu sewaktu pelepasan di pusat pemeriksaan di negara-negara tertentu,” tambahnya.







Apabila ditanya keadaan di Russia memandangkan negara itu sedang berperang, Encik Lee berkata:

“Sehingga kini saya tidak menghadapi sebarang masalah dan orang di sini kelihatan sedang meneruskan kehidupan mereka seperti biasa sahaja.”

Selain itu, beliau juga menerima bantuan dari dua orang teman, salah satunya dari Singapura setiba beliau di benua Eropah.

Sebagai langkah berjaga, beliau melengkapkan dirinya dengan alat kecemasan, bekalan alat motosikal tambahan dan kit membaiki motosikal termasuk tayarnya.

“Saya telah membuat perancangan sepanjang tiga bulan terdahulu dan mengenepikan sekitar RM100,000 ($26,000) atau lebih bagi perjalanan ini,” katanya.

Menurutnya yang dinobat juara dalam Kejohanan SuperMotor MSF Malaysia pada 2021, beliau sebelum ini hanya mempunyai pengalaman menunggang motosikal di rantau Amerika Selatan dengan menyewa motosikal di situ.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >