Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Warga Russia perlu visa masuk Ukraine

Mar 20, 2014 | 04:29 PM



KIEV - Ukraine mengumumkan langkah mengenakan visa bagi warga Russia yang ingin memasuki negara itu.


Selain itu, Ukraine juga telah mengumumkan rancangannya untuk menarik diri daripada menjadi sekutu utama Russia, pasca Soviet.


Kedua-dua langkah ini dibuat selepas Crimea menjadi sebahagian daripada Russia menyusuli pungutan suara yang diadakan di mana 97 peratus warga republik baru itu memilih untuk bersama Russia.


Sementara itu, proses perundangan yang diperlukan untuk menjadikan Crimea sebagai sebahagian daripada Russia akan selesai minggu ini, kata Menteri Luar Russia, Encik Sergei Lavrov.


Ini dilakukan dua hari selepas Presiden Vladimir Putin menandatangani perjanjian membawa masuk wilayah Ukraine itu ke dalam Russia.


"Langkah praktikal sedang diambil bagi melaksanakan perjanjian kemasukan Crimea dan (bandar pelabuhan) Sevastopol ke dalam Russia. Proses perundangan itu akan selesai minggu ini," menurut agensi berita Itar-Tass yang memetik Encik Lavrov sebagai berkata.


Dewan rendah Parlimen Russia bercadang mengesahkan perjanjian itu dan meluluskan perundangan menjadikan Crimea dan Sevastopol sebagai wilayah Russia hari ini manakala dewan tertinggi, esok. - Agensi




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >