Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Warga Singapura ditangkap di JB dengan dadah bernilai kira-kira $400,000

Sep 16, 2016 | 11:16 AM



JOHOR BAHRU: Seorang warga Singapura ditangkap di Malaysia kerana mempunyai dadah yang boleh digunakan 36,150 penagih, kata polis.



Timbalan Ketua Polis Negeri Johor, Penolong Pesuruhjaya Kanan (SAC) Datuk Mohd Zakaria Ahmad, berkata antara dadah yang dirampas daripada lelaki berusia 56 tahun itu ialah 5.83kg syabu, 565g ketamin, 220g heroin, 35g serbuk Ecstasy, 5,536 pil Ecstasy, dan 200 pil Erimin 5.



"Suspek ditangkap oleh polis semasa menunggang motosikal di Taman Daya pada Rabu sekitar 9.15 malam," kata SAC Mohd Zakaria kepada pemberita di ibu pejabat polis negeri pada Khamis (15 Sep).



Beliau berkata selepas polis menemui syabu 27g pada lelaki itu, dia membawa polis ke apartmennya di Taman Mount Austin, tempat polis menemui dadah lain.



Siasatan awal menunjukkan suspek itu bergerak antara Singapura dan Johor Baru dengan kerap sepanjang tiga bulan lalu dengan membawa dadah, terutamanya bagi penggunaan tempatan di pusat hiburan.



SAC Mohd Zakaria berkata dadah dan barang lain yang dirampas daripadanya bernilai RM1.23 juta ($405,051).



"Ini termasuk wang tunai RM7,000, motosikal, mesin penimbang, bahan tampal dan beg plastik."



Hasil siasatan mendapati suspek, yang didapati positif dadah, mempunyai rekod jenayah bagi beberapa kesalahan dadah.



Menurut SAC Mohd Zakaria, lelaki itu, yang tinggal sendirian di sebuah apartmen, akan direman bagi siasatan lanjut. - The Star/Asia News Network




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >