Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Warga S'pura antara pesalah pandu di lorong kecemasan di M'sia

Jul 25, 2016 | 05:10 PM



ALOR GAJAH (Melaka): Seramai 19 pemandu, termasuk rakyat Singapura diperintah membayar denda keseluruhan RM29,100 ($9,721) oleh Mahkamah Majistret, di sini hari ini, selepas mengaku bersalah menggunakan lorong kecemasan, 22 Mei lalu.



Mereka membuat pengakuan itu di depan Majistret Nor Azizah Yusof sejurus pertuduhan dibacakan.



Mengikut pertuduhan yang dibacakan secara berasingan, pesalah trafik itu berusia antara 25 hingga 63 tahun dituduh memandu di lorong kecemasan di Kilometer 222 Lebuh Raya Utara Selatan arah utara pada jam 5 petang, 22 Mei lalu.



Mereka didakwa mengikut Akta Pengangkutan Jalan 1987 yang membawa hukuman denda maksimum RM2,000 atau penjara sehingga enam bulan atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.



Terdahulu, Pegawai Pendakwa, Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), Fadzil Abu memohon mereka dikenakan hukuman setimpal dengan mengambil kira kepentingan awam.



Selepas mendengar rayuan, Nor Azizah memerintahkan setiap pesalah trafik didenda RM1,500 hingga RM2,000 atau penjara sebulan hingga dua bulan jika gagal membayar denda. Mereka membayar denda berkenaan. - BHM.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >