Wartawan hiburan terkenal M'sia, Juwie, meninggal dunia

KUALA LUMPUR - Kolumnis hiburan terkenal Berita Harin Malaysia (BHM), Juwie, 62 tahun, meninggal dunia kira-kira jam 10.30 malam semalam di Pusat Perubatan Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM), Cheras, dekat sini akibat komplikasi pelbagai penyakit termasuk kanser prostat.

Juwie atau nama sebenarnya Abdul Jalil Saleh, terdahulu dimasukkan ke Pusat Pakar Perubatan HUKM pertengahan Mac lalu dan menjalani rawatan penyakit berkenaan sebelum dipindahkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) apabila kesihatannya tidak stabil, lapor laman BHM.

Allahyarham menghembuskan nafas terakhirnya di sisi keluarga dan jenazah akan dikebumikan di sebelah pusara ibunya di Selayang, dekat sini hari ini.

Juwie memulakan perkhidmatannya sebagai wartawan di akhbar Berita Harian pada tahun 1974 sebelum menyertai Utusan Malaysia pada 1984.

Semasa di Utusan Malaysia beliau terkenal apabila mengendalikan ruangan hiburan iaitu Auw! Juwie menerusi sisipan Pancaindera, Mingguan Malaysia.

Allahyarham kemudiannya dinaikkan pangkat sebagai Editor Majalah Mangga pada tahun 1995 di syarikat yang sama sehinggalah bersara pada 8 Julai 2008.

Selepas persaraan itu, Pengerusi Media Prima Berhad, Tan Sri Johan Jaaffar menawarkannya untuk menjadi kolumnis hiburan di akhbar Berita Harian pada setiap hari Sabtu yang dikenali Auw Juwie! - BHM.

Waktu Solat

Subuh
5:36
Syuruk
7:00
Zuhur
1:02
Asar
4:26
Maghrib
7:03
Isyak
8:18
3 HR PSI: 52
27°/ 24 °
Tuesday - Thundery showers mainly over northern and eastern Singapore in the afternoon.
Wednesday - Late morning and early afternoon thundery showers.
Thursday - Afternoon thundery showers.