WASHINGTON: Rumah Putih menafikan tuduhan baru bahawa ia membayar Iran wang tebusan bagi pembebasan empat rakyat Amerika Syarikat, bagi menangkis tuduhan bertali arus daripada anggota Parti Republikan.
Di tengah-tengah pendedahan bahawa Amerika membantu mengangkut melalui udara AS$400 juta ($537 juta) mata wang franc Switzerland dan euro selepas tebusan Amerika dibebaskan, Rumah Putih menegaskan kededuanya tidak bersangkutan.