Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:24
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Waspada tangani konflikdi Pulau Rempang dekat Batam

Sep 12, 2023 | 12:41 PM



JAKARTA: Menteri Koordinator Politik, Undang-undang dan Hal Ehwal Keselamatan Indonesia, Encik Mahfud MD, menggesa pasukan keselamatan negara itu supaya berhati-hati dalam menangani konflik berhubung rancangan pembangunan Pulau Rempang di wilayah Kepulauan Riau.


“Saya berharap pegawai penguat kuasa di wilayah ini dan pasukan keselamatan berhati-hati dalam menangani perkara ini,” kata Encik Mahfud kepada pemberita di Istana Presiden di Jakarta pada Isnin.

Konflik itu berpunca daripada penentangan penduduk terhadap rancangan membangunkan pulau itu menjadi hab ekonomi baru, yang memerlukan pemindahan ratusan keluarga dari rumah mereka.

Minggu lalu, pasukan gabungan tentera dan polis bertempur dengan penduduk yang membantah dan cuba menghalang pasukan keselamatan mendirikan pos dan menandakan sempadan bagi projek pembangunan baru itu.

Encik Mahfud berkata pihak keselamatan sepatutnya memaklumkan kepada orang ramai mengenai rancangan pemerintah tempatan untuk membina rumah bagi keluarga yang dipindahkan sebagai pengganti, berdasarkan persetujuan antara pemerintah tempatan, pemaju, Dewan Perwakilan Rakyat Daerah (DPRD), dengan masyarakat pada 6 September.

Pemerintah memutuskan untuk membangunkan destinasi pelancongan di pulau yang tidak tersambung dengan pulau utamanya, termasuk Pulau Rempang, pada 2001-2002, tambah menteri itu.

Pada 2004, sebuah memorandum persefahaman (MOU) ditandatangani antara Pihak Berkuasa Zon Bebas Batam (BP Batam) dengan pemaju bagi pembangunan destinasi pelancongan di pulau itu.

“Tetapi ketika hendak masuk (lokasi), sudah ada aktiviti di sana, ada penduduk lama dan (masalah) ini mesti diselesaikan,” jelasnya.

“Kemudian, ada arahan mengosongkan (lokasi) kerana aktiviti yang dipersetujui pada 2004 akan dimulakan,” kata Encik Mahfud lagi.

Pada 6 September, pemerintah tempatan, pemaju, DPRD, dan masyarakat mengadakan mesyuarat dan bersetuju menempatkan semula 1,200 keluarga.

Sebagai pengganti, pemerintah memutuskan untuk membina rumah bernilai Rp120 juta ($10,643) di atas tapak seluas 500 meter persegi di kawasan petempatan semula.

Penduduk akan menerima elaun Rp1.034 juta dan sewa rumah Rp1 juta sementara menunggu rumah mereka siap.

“Kira-kira 80 peratus penduduk yang hadir dalam mesyuarat itu bersetuju. Nah, ini (perjanjian) tidak dimaklumkan (kepada umum), kemudian berlaku pertembungan.

“Ya, ada penghasut juga, lapan orang ditahan,” katanya.

Media Indonesia sebelum ini melaporkan bahawa keganasan berlaku di luar salah sebuah bangunan pemerintah di Batam menyusuli satu bantahan terhadap kerja pembangunan Rempang Eco City, sekitar 2.5 kilometer ke tenggara Pulau Batam. – Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >