Subuh
5:40
Syuruk
6:59
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

WHO nasihatkan wanita hamil elak kawasan jangkitan Zika

Mar 10, 2016 | 11:21 AM



GENEVA: Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) menasihatkan wanita hamil jangan pergi ke kawasan yang sedang mengalami wabak virus Zika disebabkan risiko kecacatan kelahiran.



Ia berkata jangkitan secara seksual "agak biasa" dan perkhidmatan kesihatan di kawasan terjejas oleh Zika perlu bersedia bagi kemungkinan bertambah kes sindrom neurologi seperti microcephaly dan kecacatan kongenital.



"Wanita hamil, yang pasangan seksnya tinggal di atau berjalan ke kawasan mempunyai wabak virus Zika, perlu memastikan amalan seks selamat atau menahan diri daripada seks sepanjang tempoh kehamilan mereka," kata WHO dalam satu kenyataan pada Selasa (8 Mac), berdasarkan nasihat daripada Jawatankuasa Kecemasan pakar bebas.



Hubungan antara Zika dan microcephaly, di mana bayi dilahirkan dengan kepala kecil dan masalah pembangunan, serta sindrom Guillain-Barre, yang boleh menyebabkan lumpuh, belum terbukti tetapi kajian menunjukkan ke arah itu, katanya.



"Microcephaly hanya salah satu daripada beberapa kecacatan kelahiran yang didokumenkan berkaitan Zika semasa mengandung," kata Ketua Pengarah WHO, Dr Margaret Chan, dalam satu sidang akhbar.



"Akibat buruknya termasuk kematian janin, kekurangan plasenta, terencat pertumbuhan janin dan kecederaan pada sistem saraf pusat."



Brazil berkata ia telah mengesahkan lebih 580 kes microcephaly dan menganggap sebahagian besarnya ada kaitan dengan jangkitan Zika pada ibu. Ia sedang menyiasat tambahan 4,100 kes yang disyaki microcephaly.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >