GENEVA: Jawatankuasa khas Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) akan membincangkan sama ada penularan virus Zika yang menyebabkan kecacatan bayi di Amerika Selatan harus dianggap sebagai darurat kesihatan sejagat.
WHO sebelum ini memberi amaran virus Zika "menular pantas" di benua Amerika dan rantau itu mungkin menyaksikan sehingga empat juta kes penyakit itu yang disyaki menyebabkan kecacatan kelahiran.