Subuh
5:36
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:24
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Malaysia
41333
0

Wisma Putra bantah peta baru China liputi ‘kawasan maritim M’sia’

Aug 31, 2023 | 02:52 PM



PUTRAJAYA: Malaysia akan menghantar nota bantahan kepada China berkaitan tuntutan Beijing mengenai Laut China Selatan yang digariskan dalam Peta Standard China Edisi 2023, yang turut meliputi kawasan maritim Malaysia.


Menteri Luar, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir, berkata nota bantahan itu adalah tindakan lanjut yang akan dibuat, sambil menegaskan bahawa perkara itu menjadi amalan Malaysia dalam sebarang pertikaian.

“Wisma Putra sudah mengeluarkan kenyataan semalam (Rabu) dan kita akan buat nota bantahan kepada China kerana ia sudah menjadi amalan kita,” katanya ketika ditemui media semasa menghadiri sambutan Hari Kebangsaan 2023 di Putrajaya pada Khamis, lapor Berita Harian Malaysia.


Wisma Putra dalam satu kenyataan pada Rabu berkata Malaysia tidak mengiktiraf tuntutan China ke atas Laut China Selatan seperti yang digariskan dalam peta itu.

Menurut laporan itu, Peta Standard China Edisi 2023 yang menunjukkan tuntutan maritim China dan melangkau kawasan maritim Malaysia di Sabah dan Sarawak sama sekali tidak mengikat Malaysia.

Wisma Putra menegaskn Malaysia kekal dengan pendiriannya dalam isu tuntutan dan persempadanan maritim di Laut China Selatan, yang secara konsisten menolak tuntutan kedaulatan, hak kedaulatan dan bidang kuasa mana-mana pihak asing ke atas fitur maritim atau kawasan maritim negara berdasarkan Peta Baru Malaysia 1979.

“Dalam konteks ini, Malaysia tidak mengiktiraf tuntutan China di Laut China Selatan seperti digariskan dalam Peta Standard China Edisi 2023 yang meliputi kawasan maritim Malaysia.

“Isu ini perlu dikendalikan secara aman dan rasional melalui dialog dan rundingan berdasarkan peruntukan undang-undang antarabangsa, termasuk Konvensyen Undang-Undang Laut Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu 1982 (UNCLOS 1982),” kata kenyataan Wisma Putra itu.

Pada 28 Ogos, Kementerian Sumber Asli China menerbitkan Peta Standard China Edisi 2023 yang meliputi sebahagian besar perairan Malaysia berhampiran Sabah dan Sarawak.

Peta itu antara lain menggabungkan kawasan yang menjadi pertikaian, khususnya membabitkan kawasan Arunachal Pradesh dan wilayah Aksai Chin, yang juga dituntut India; Taiwan; dan Laut China Selatan.

Ia turut membabitkan kawasan maritim zon ekonomi eksklusif (EEZ) Malaysia berhampiran Sabah dan Sarawak, Brunei, Filipina, Indonesia dan Vietnam.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >