Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

WSJ: Anak tiri Najib beli rumah $47j di London guna dana 1MDB

May 20, 2016 | 08:27 AM



LONDON: Anak tiri Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak membeli sebuah rumah empat tingkat berharga £23.25 juta ($47 juta) di London menggunakan wang daripada dana pelaburan kerajaan 1Malaysia Development Bhd (1MDB), dakwa Wall Street Journal (WSJ) pada Khamis (19 Mei), dengan memetik orang yang tahu perkara itu.



Sementara itu, penyiasat sedang menyiasat dana yang dihantar kepada bekas pegawai bank kanan Goldman Sachs Group, Encik Tim Leissner, daripada seorang peguam yang ada kaitan dengan 1MDB, menurut akhbar perniagaan Amerika itu dalam satu laporan berasingan.



Rumah di tengah London dibeli pada 2012 oleh Encik Riza Aziz itu hanya jalan kaki jauh dari misi diplomatik Malaysia dalam kejiranan eksklusif Belgravia di London, kata WSJ.



Pemilik berdaftar rumah itu ialah Qentas Holdings Ltd, sebuah syarikat berpangkalan di Kepulauan Virgin British, tetapi Encik Riza pemilik benefisialnya, kata laporan itu, memetik orang tidak dinamakan yang tahu isu tersebut.



Encik Riza anak isteri Datuk Seri Najib, Datin Seri Rosmah Mansor, daripada perkahwinan lalunya.



WSJ dalam laporan sebelum ini mendakwa Encik Riza menggunakan wang yang disalurkan daripada 1MDB untuk membeli hartanah bernilai $50 juta ($69 juta) di di New York dan Los Angeles dan untuk membiayai filem The Wolf Of Wall Street.



Sementara itu, penyiasat sedang menyiasat beberapa dana yang diterima oleh Encik Leissner, yang juga pengerusi Asia Tenggara Goldman sehingga awal tahun ini.



Beliau menerima beberapa ratus ribu dolar daripada Cik Jasmine Loo, seorang bekas pegawai 1MDB dan rakan rapat Encik Low Taek Jho, ahli perniagaan Malaysia yang memainkan peranan penting dalam menubuhkan dana itu, lapor WSJ, memetik orang yang tahu perkara itu.



Seorang yang tahu mengenai persetujuan Cik Loo dengan Encik Leissner berkata mereka melabur bersama-sama dalam sebuah syarikat permulaan dan perjanjian itu disusun agar wang tunai bagi pelaburan tersebut pergi kepada Encik Leissner daripada Cik Loo, lapor akhbar itu.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >