Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Xi Jinping: China tidak terlibat dalam penggodaman

Sep 23, 2015 | 01:24 PM



SEATTLE: BEIJING tidak terlibat dalam penggodaman mahupun menyokong pertubuhan yang melakukannya, kata Presiden China, Encik Xi Jinping, di Seattle pada Selasa (23 September waktu Singapura), sedang beliau memulakan lawatan seminggu ke Amerika Syarikat.


Melalui ucapannya, Encik Xi cuba menukar kisah negatif mengenai China yang disampaikan di Amerika Syarikat tahun-tahun kebelakangan ini.


Bercakap kepada pemimpin perniagaan Amerika dan orang kenamaan lain dalam majlis jamuan malam anjuran Jawatankuasa Nasional bagi Hubungan AS-China dan Majlis Perniagaan AS-China, beliau paparkan China sebagai sebuah negara komited pada reformasi, kedaulatan undang-undang dan dasar ketenteraan yang bersifat defensif.


Beliau berkata, sebagai contoh, bahawa China "pembela kuat keselamatan siber", sambil menambah bahawa Beijing sendiri menjadi mangsa penggodaman.


Encik Xi juga menolak pandangan bahawa China telah memulakan dasar perluasan dilihat pada sikapnya di Laut China Selatan.


Beliau berkata betapa banyak sekalipun tenteranya berkembang, "orang Cina tidak akan sama sekali mencari hegemoni (penguasaan politik atau budaya ke atas pihak lain) atau perluasan".


Berhubung tindakan menurunkan nilai mata wang China, satu lagi gangguan dalam hubungan diplomatik antara Amerika dan China, Encik Xi berkata Beijing telah meninggalkan dasar itu.


Beberapa kali dalam ucapannya beliau menegaskan China mahu bekerjasama dengan negara lain dalam pelbagai isu, daripada memerangi rasuah hingga menggalak pembangunan.


Keutamaan beliau berhubung Amerika, kata Encik Xi, ialah terus bekerja bersama untuk mencapai "model baru hubungan kuasa besar".


Beliau memberitahu hadirin bahawa kepentingan utama sembarang pemimpin China pada masa ini semata-mata ialah memperbaiki kehidupan rakyat negara itu.


Selepas menghabiskan dua hari di Seattle, yang mempunyai hubungan perdagangan penting dengan China, Encik Xi akan menuju ke Washington, termasuk menemui Presiden Barack Obama. - The Straits Times




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >