Subuh
5:53
Syuruk
7:09
Zuhur
1:14
Asar
4:15
Maghrib
7:17
Isyak
8:25
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Yang di-Pertua Negeri Sabah buat laporan polis terhadap Musa Aman

May 20, 2018 | 04:31 PM



KOTA KINABALU:   Keadaan politik di Sabah   semakin panas apabila Yang di-Pertua Negeri, Tun Juhar Mahiruddin, membuat laporan polis terhadap pengerusi Barisan Nasional (BN) Sabah, Tan Sri Musa Aman.



Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Ramli Din, mengesahkan mengenai laporan terbabit namun  enggan menggulas lanjut.



“Benar, kami menerima laporan berhubung perkara ini tetapi maaf setakat ini tiada sebarang kenyataan akan diberikan,” katanya ringkas ketika dihubungi menerusi aplikasi WhatsApp pada Ahad (20 Mei).



Utusan Malaysia difahamkan laporan polis tersebut adalah susulan daripada tindakan Tan Sri Musa  Khamis lalu  menfailkan writ saman bagi mengekalkan jawatan Ketua Menteri yang disandangnya selepas mengangkat sumpah di Istana Negeri di sini, 10 Mei lalu.

Tan Sri  Musa mengangkat sumpah sebagai Ketua Menteri  di hadapan Tun Juhar  selepas BN bersama Parti Solidariti Tanah Airku (Star) memiliki 31 daripada 60 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN).



Bagaimanapun, dua hari kemudian presiden Parti Warisan Sabah (Warisan), Datuk Seri Mohd Shafie Apdal, mengangkat sumpah sebagai Ketua Menteri apabila mendapat majoriti mudah untuk membentuk kerajaan selepas enam Ahli DUN BN menyokong beliau.



Susulan itu, pada Isnin lalu, pihak Istana menyerahkan surat pemberitahuan daripada Tun Juhar bahawa Tan Sri Musa bukan lagi Ketua Menteri. – Utusan Online, BH Online.



 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >