Subuh
5:40
Syuruk
6:59
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Yingluck tidak hadir perbicaraan panel antirasuah

Feb 27, 2014 | 06:12 PM



BANGKOK: Perdana Menteri Thailand, Cik Yingluck Shinawatra hari ini tidak hadir untuk mendengar tuduhan cuai menjalankan tugas berkaitan skim pembelian beras yang dikemukakan oleh sebuah panel antirasuhan di sini.


Cik Yingluck sebaliknya telah berlepas ke wilayah utara negara itu semalam dan akan berada di sana selama beberapa hari untuk memantau beberapa projek kerajaan.


"Beliau telah mengerahkan para peguam untuk mewakilinya," kata timbalan setiausaha Cik Yingluck, Encik Thawat Boonfuang.


Suruhanjaya Antirasuah Nasional Thailand (NACC) telah menfailkan tuduhan cuai itu Selasa lalu selepas panel itu merumuskan bahawa Cik Yingluck, sebagai Presiden Jawatankuasa Dasar Beras Nasional, bersalah apabila gagal menghentikan skim yang dibelenggu rasuah dan merugikan kerajaan ekoran timbunan stok beras yang tidak terjual.


Skim pembelian beras oleh kerajaan itu merupakan antara dasar populis Parti Pheu Thai pimpinan Cik Yingluck yang membolehkan beliau menang pada pilihan raya umum Thailand pada 2011.


Skim tersebut memberi jaminan kepada pesawah bahawa beras mereka akan dibeli kerajaan pada harga lebih tinggi daripada pasaran.


Sebelum ini, Cik Yingluck tidak mengaku salah. AFP, Reuters.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >