Yinluck tinggalkan Bangkok

BANGKOK (REUTERS) - Perdana Menteri Thailand, Cik Yingluck Shinawatra, telah meninggalkan Bangkok dan kini berada 150 kilometer daripada ibu kota negara itu, kata pejabat beliau hari ini tanpa memberitahu lokasinya.

Bangkok kini berdepan dengan bantahan-bantahan yang diselang-selikan dengan tembakan dan pengeboman, termasuk yang membunuh seorang wanita dan dua beradik lelaki dan perempuan kelmarin.

Bantahan itu bermotif untuk memaksa Cik Yinluck melepaskan dari memerintah Thailand dan menghapuskan pengaruh abangnya, mantan Perdana Menteri Thaksin Shinawatra, yang ramai menganggap sebagai orang berkuasa di belakang tabir pemerintahan negara itu kini.

Pejabat Cik Yingluck berkata, beliau tiada di Bangkok dan telah meminta media mengikuti sebuah konvoi yang menuju ke luar bandar di mana beliau "menjalankan tugas rasminya" 150 kilometer dari ibu kota tersebut.

Waktu Solat

Subuh
5:35
Syuruk
6:58
Zuhur
1:01
Asar
4:25
Maghrib
7:01
Isyak
8:16
3 HR PSI: 34
27°/ 24 °
Tuesday - Thundery showers mainly over northern and eastern Singapore in the afternoon.
Wednesday - Late morning and early afternoon thundery showers.
Thursday - Afternoon thundery showers.