JAKARTA: Presiden Susilo Bambang Yudhoyono memberi amaran bahawa Indonesia tidak boleh leka dalam memerangi pengganasan, dan menegaskan kumpulan militan yang menggelarkan diri mereka Negara Islam (IS) bahaya jelas dan nyata.
"Kita tidak harus leka dan berfikir bahaya hanya di luar negara atau di Timur Tengah. Sekiranya kita tidak berwaspada dan tidak melakukan apa-apa, keganasan itu boleh berlaku di sini," katanya.