Subuh
5:34
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:26
Maghrib
7:07
Isyak
8:21
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Zafrul sedia beri keterangan berhubung kes Jana Wibawa

Feb 20, 2023 | 05:30 AM



KUALA LUMPUR: Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Malaysia Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz berkata beliau akan memberi kerjasama sepenuhnya jika dipanggil Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung siasatan ke atas bantuan kewangan Covid-19 semasa pentadbiran Tan Sri Muhyiddin Yassin.



Menerusi media sosial, Tengku Zafrul, yang merupakan menteri kewangan ketika itu, berkata beliau tidak mempunyai apa-apa yang hendak disembunyikan.



"Saya akan memberikan kerjasama penuh," katanya di Twitter pada Sabtu.



"Media tanya saya tentang Jana Wibawa. Tiada apa yang perlu saya sembunyikan dan saya sentiasa bersedia untuk memberikan penjelasan jika diminta berbuat demikian," kata Encik Zafrul.



Ini berlaku selepas Tan Sri Muhyiddin pada Sabtu menegaskan bahawa Jana Wibawa telah dicadangkan oleh menteri kewangan ketika itu untuk membantu kontraktor bumiputera yang terjejas akibat pandemik Covid-19.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >