Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

MALAYSIA

Zahid arah kemuka senarai nama calon Umno

Oct 06, 2022 | 05:30 AM



KUALA LUMPUR: Umno mengadakan satu mesyuarat khas yang mungkin menjadi perhimpunan terakhir sebelum parti itu menuju ke "perang pilihan raya umum".



Dalam petunjuk kukuh bahawa pilihan raya kian hampir, Presiden Umno Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mengarahkan ketua perhubungan negeri mengemukakan nama calon yang berpotensi dalam beberapa hari akan datang.



Perjumpaan tertutup itu berlangsung kelmarin di Dewan Tun Hussein Onn, Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL), melibatkan 764 pemimpin sayap 191 bahagian yang terdiri daripada Ketua Umno Bahagian, Ketua Wanita Umno, Ketua Pemuda Umno dan Ketua Puteri Umno.



Malah semua Pengerusi Badan Perhubungan Umno negeri diarahkan menyerahkan senarai calon-calon Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) seawal Isnin depan.



Datuk Ahmad Zahid berkata, kesemua senarai calon itu nanti akan dinilai dan dimuktamadkan oleh lima jawatan tertinggi Umno mengikut kriteria Wali.



Katanya, Wali merujuk kepada ciri boleh memenangi, diterima dan disukai yang berkaliber dan berdaya.



Dalam pertemuan lebih sejam itu yang turut dihadiri Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob yang juga Naib Presiden Umno, Datuk Ahmad Zahid berkata, ia antara amanat yang disampaikannya dalam perjumpaan bersama pimpinan Umno bahagian itu selain kesiapsiagaan parti itu bagi menghadapi PRU15.



Datuk Ahmad Zahid kemudian menegaskan calon-calon PRU15 tidak ditentukan mengikut kluster tertentu sebaliknya memenuhi tiga kriteria dan disenangi pengundi.



Mengulas kritikan terhadap pendirian Umno untuk mengadakan PRU15 dalam tahun ini, Datuk Ahmad Zahid yang juga Ahli Parlimen Bagan Datuk berkata, Umno komited pilihan raya itu perlu dilaksanakan sebelum musim banjir.



"Kita hargai bantahan kerana mereka tak bersama dalam komponen Barisan Nasional (BN), maka mereka juga perlu menghormati pendirian yang ada pada Umno...PRU15 wajib diadakan tahun ini," katanya.



Mesyuarat Majlis Tertinggi (MT) Umno pada 30 September lepas memutuskan supaya PRU15 diadakan pada tahun ini dan susulan itu, Perdana Menteri Malaysia akan mempersembahkan cadangan tarikh pembubaran Parlimen kepada Yang di-Pertuan Agong.



Mengenai cadangan mempersembahkan pembubaran Parlimen kepada Yang di-Pertuan Agong oleh Perdana Menteri, Datuk Ahmad Zahid berkata, parti tidak mempunyai kuasa menentukannya sebaliknya terpulang kepada perbincangan Perdana Menteri dan Jemaah Menteri.



"PM mempunyai kuasa mutlak setelah mendapat mandat daripada Jemaah Menteri untuk menghadap Agong dan menasihati Agong bagi penentuan tarikh pembubaran Parlimen.



"Kita menghormati kuasa PM. Bila pun, kita menghormati, seboleh-bolehnya (kalau boleh) semalam (mahu PM menghadap Agong)," katanya.



Kelmarin Datuk Ismail Sabri menegaskan, kuasa mencadangkan pembubaran Parlimen berada sepenuhnya dalam bidang kuasa Perdana Menteri dan tiada parti politik boleh mempengaruhi keputusan itu.



Beliau berkata, pembubaran Parlimen adalah di bawah kuasa Perdana Menteri, yang kemudian akan dipersembahkan kepada Yang di-Pertuan Agong.



Dalam masa yang sama Datuk Ismail Sabri mengesahkan beliau akan menghadap Yang di-Pertuan Agong, hari ini.



"Pertemuan itu adalah rutin biasa bagi membentangkan keputusan dibuat dalam Mesyuarat Kabinet.



"Kita tak tahu lagi bila akan bubar (Parlimen). Perjumpaan dengan Yang di-Pertuan Agong lebih kepada Kabinet. Biasanya sebelum Mesyuarat Kabinet, saya akan persembahkan kepada Agong perkara yang dibincangkan, termasuk perkara berbangkit," katanya. - Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >