Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:14
Maghrib
7:15
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Zahid beri Bersih, Baju Merah amaran supaya batalkan perhimpunan

Nov 17, 2016 | 02:02 PM



KUALA LUMPUR: Kumpulan reformasi pilihan raya Bersih 2.0 dan kumpulan prokerajaan Baju Merah diberi amaran terakhir oleh Timbalan Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, supaya membatalkan perhimpunan yang dirancang mereka Sabtu ini (19 Nov).



Datuk Seri Dr Ahmad Zahid menegaskan membatalkan perhimpunan itu huraian terbaik, dan memberi amaran kepada penganjur kedua-dua kumpulan tidak akan ada kompromi sekiranya mereka meneruskan perhimpunan masing-masing.



"Tindakan akan diambil terhadap kedua-dua kumpulan, merah mahupun kuning. Jadi untuk mengelakkan ini daripada berlaku, kedua-dua pihak perlu membatalkan perhimpunan mereka.



"Polis tidak akan berkompromi dari segi tindakan yang akan diambil terhadap mereka di bawah undang-undang," katanya kepada pemberita di lobi Parlimen di sini pada Khamis (17 Nov).



Datuk Seri Dr Ahmad Zahid, yang juga Menteri Dalam Negeri, berkata sebelum ini jika tidak ada kuning, warna yang dipakai penyokong Bersih, tidak akan ada bantahan balas oleh kumpulan Baju Merah, yang diketuai ketua Umno Sungai Besar, Datuk Jamal Yunos.



Datuk Jamal secara terbuka mengancam tindakan keganasan terhadap Bersih dan telah berikrar pengikutnya akan "melakukan apa sahaja untuk menghalang perhimpunan Bersih 5".



Dewan Bandaraya Kuala Lumpur telah mengeluarkan surat melarang kedua-dua kumpulan berkumpul di Dataran Merdeka bagi perhimpunan Sabtu ini. - The Star/Asia News Network




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >