Zahid beri jaminan KL selamat dari serangan pengganas

KUALA LUMPUR - Timbalan Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi telah memberi jaminan bahawa Jalan Alor di Bukit Bintang dan kawasan-kawasan lain di ibu kota negara itu adalah selamat.

Ini menyusuli amaran oleh kedutaan Amerika Syarikat dan yang lain tentang kemungkinan serangan pengganasan di Jalan Alor Khamis lalu (24 September).

"Saya mahu mengesahkan kawasan tersebut (Jalan Alor) dan beberapa kawasan lain yang sebelum ini dikategorikan sebagai berbahaya dipantau rapi oleh polis. Tiada ancaman," kata beliau dalam satu sidang akhbar semasa Pertemuan Menteri Asean Mengenai Jenayah Rentas Sempadan ke-10 semalam.

Seorang lelaki Syria antara tiga suspek pengganas yang ditahan selepas amaran serangan itu dikeluarkan. - THE STAR/ASIA NEWS NETWORK

Waktu Solat

Subuh
5:36
Syuruk
7:00
Zuhur
1:02
Asar
4:26
Maghrib
7:03
Isyak
8:18
3 HR PSI: 19
27°/ 24 °
Tuesday - Thundery showers mainly over northern and eastern Singapore in the afternoon.
Wednesday - Late morning and early afternoon thundery showers.
Thursday - Afternoon thundery showers.