Zahid: Dana jutaan dolar dalam akaun Najib adalah derma

KUALA LUMPUR: Dana lebih AS$600 juta ($846 juta) yang muncul dalam akaun bank peribadi Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Najib Razak ialah derma dan bukan daripada syarikat pelaburan strategik kerajaan.

Demikian menurut kerajaan Malaysia dalam satu penjelasan di Parlimen hari ini (3 Disember).

Sebahagian besar daripada kenyataan yang ditunggu-tunggu itu mengulangi kenyataan daripada menteri-menteri tentang skandal tersebut sebelum ini.

Skandal itu telah berpanjangan lebih empat bulan dan mengakibatkan beberapa kemerosotan dalam saham dan ringgit.

Ulasan lanjut mengenai skandal itu akan melanggar undang-undang memandangkan siasatan masih berjalan, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Zahid Hamidi dalam satu ucapan bagi pihak Datuk Seri Najib.

Penggubal undang-undang termasuk dari parti Datuk Najib sendiri ingin mendapatkan penjelasan tentang dana yang muncul dalam akaun perdana menteri sebelum pilihan raya umum pada 2013.

Speaker Parlimen berkata tiada soalan dibenarkan untuk dikemukakan selepas kenyataan Datuk Seri Zahid dibentangkan. - Bloomberg

Waktu Solat

Subuh
5:36
Syuruk
6:59
Zuhur
1:02
Asar
4:26
Maghrib
7:02
Isyak
8:17
3 HR PSI: 45
27°/ 24 °
Tuesday - Thundery showers mainly over northern and eastern Singapore in the afternoon.
Wednesday - Late morning and early afternoon thundery showers.
Thursday - Afternoon thundery showers.