Timbalan Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, pada Isnin dilepas tanpa dibebaskan (DNAA) oleh Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur daripada 47 tuduhan pecah amanah, rasuah dan pengubahan wang haram dana Yayasan Akalbudi yang diasaskannya.
Keputusan itu dibuat Hakim, Datuk Collin Lawrence Sequerah, selepas Timbalan Pendakwa Raya, Datuk Mohd Dusuki Mokhtar, memaklumkan Jabatan Peguam Negara (AGC) menerima representasi Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah itu, untuk menggugurkan kesemua tuduhan.