Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Zahid hormati keputusan Mahathir tinggalkan Umno

Mar 01, 2016 | 01:16 PM



KUALA LUMPUR: Timbalan Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, berkata pada Selasa (1 Mac) beliau menghormati keputusan Tun Dr Mahathir Mohamad untuk keluar daripada Umno, tetapi beliau berharap mantan perdana menteri itu akan menimbang semula keputusannya.


Datuk Seri Zahid, yang juga naib presiden dan pemangku timbalan presiden Umno, berkata beliau yakin Tun Mahathir masih suka parti itu dan tahu presiden parti memerlukan sokongan daripada semua anggota, lapor agensi berita Bernama.


"Saya yakin sebagai seorang yang telah berkhidmat sebagai Perdana Menteri untuk sekian lama, Dr Mahathir tahu beliau memimpin (parti dan negara) kerana sokongan daripada ahli-ahli Umno," Datuk Seri Zahid ditukil.


"Saya secara peribadi menghormati keputusannya, tetapi saya fikir beliau akan menimbang semula keputusan itu apabila tiba masanya," ujarnya.


Dr Mahathir, 90 tahun, keluar Umno pada Isnin, sambil berkata beliau tidak boleh kekal dalam parti itu kerana ia telah menjadi "parti Najib", merujuk kepada Perdana Mdenteri Datuk Seri Najib Tun Razak, yang juga presiden Umno.


Ketika ditanya apakah keputusan Dr Mahathir itu akan menjejas Umno, Datuk Seri Zahid berkata parti itu perlu bersatu untuk terus memenangi hati rakyat.


"Saya kira yang penting ialah untuk bekerja bersama-sama bagi membina semula parti, terutamanya untuk membina semula keyakinan dalam kalangan orang Melayu dan Bumiputera dan memastikan Umno dan Barisan Nasional terus menerima sokongan rakyat," katanya.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >