Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Zahid: Mahathir sedang disiasat bagi kesalahan fitnah

Oct 22, 2015 | 03:06 PM



KUALA LUMPUR: Mantan Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr Mahathir Mohamad, sedang disiasat bagi kesalahan fitnah, sedang beliau terus memberi tekanan ke atas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak agar berundur.


Polis telah membuka beberapa kertas siasatan selepas laporan dibuat terhadap beliau, kata Timbalan Perdana Menteri Zahid Hamidi dalam jawapan bertulis kepada soalan Parlimen bertarikh Rabu (21 Okt).


Beliau berkata siasatan itu berkaitan Seksyen 500 Kanun Keseksaan mengenai fitnah.


Tiada maklumat segera mengenai siapa memfailkan laporan tersebut.


Encik Tan Kok Wai, ahli parlimen daripada pembangkang Parti Tindakan Demokratik (DAP), telah bertanya apakah tindakan yang pihak berkuasa akan ambil ke atas Dr Mahathir kerana kritikannya terhadap Datuk Seri Najib.


Menurut Datuk Seri Dr Zahid, satu kes akan dirujuk kepada Timbalan Pendakwa Raya untuk semakan selepas siasatan selesai, dan satu lagi telah dirujuk kepada Peguam Negara.


Jurucakap Dr Mahathir berkata beliau tidak mempunyai komen segera terhadap kenyataan Datuk Seri Dr Zahid itu. - Bloomberg




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >