Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:24
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Zahid salahkan Dr M semai rasa benci ke atas DAP

Dakwa Dr M dulu beri tanggapan palsu mengenai DAP semasa dalam Umno dulu tetapi kemudian sedia kerjasama dan terima DAP
Dec 28, 2022 | 03:35 PM



KUALA LUMPUR: Presiden Umno, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, menyalahkan mantan perdana menteri Malaysia, Tun Dr Mahathir Mohamad, menanam kebencian parti dan anggotanya terhadap Parti Tindakan Demokratik (DAP).


Beliau, yang kini Timbalan Perdana Menteri dalam Kerajaan Perpaduan pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim, menambah bahawa Dr Mahathir, semasa dalam parti dulu, yang memberikan tanggapan palsu mengenai DAP.


“Tetapi akhirnya, beliau sendiri yang menerima dan melibatkan mereka (DAP) dalam kerajaan.

“Malah Parti Islam SeMalaysia (PAS) dan PPBM (Parti Pribumi Bersatu Malaysia) juga turut menerima mereka sebelum ini.


“Hanya kami saja, Umno dan Barisan Nasional (BN) yang tidak,” katanya semasa diwawancara yang disiarkan secara langsung menerusi Saluran NR di TV YouTube, pada Selasa (27 Disember).


Beliau akui kerjasama politik itu  telah mengejutkan dan mencetuskan bantahan dari beberapa individu dalam parti.

Namun, beliau memberi jaminan tidak akan mengorbankan falsafah politik berikutan kerjasama politik itu.


Datuk Zahid berkata empat prinsip utama parti akan dikekalkan, iaitu Islam sebagai agama negara; keistimewaan Bumiputera; Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan; dan kuasa Raja-Raja Melayu tidak akan diubah. – Agensi berita.

 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >