BAGAN DATUK (Perak): Peneroka dan kepemimpinan Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (Felda) di seluruh Malaysia diminta terus setia kepada kerajaan Barisan Nasional (BN) yang terbukti berupaya memajukan dan membangunkan kawasan tanah rancangan itu dengan baik, kata Timbalan Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.
Datuk Ahmad Zahid berkata meskipun diakui bahawa pada satu ketika ada kelemahan dalam pengurusan pelaburan Felda, namun sejak Felda diambil alih oleh pengerusi barunya, Tan Sri Shahrir Samad, semua kelemahan itu telah dibetulkan.