Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Malaysia
41333
0

Zahid: Terserah pada Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen jelaskan pelepasan kes rasuahnya

Sep 13, 2023 | 04:21 PM



KUALA LUMPUR: Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata beliau menyerahkan kepada Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen Mengenai Hak Asasi Manusia, Pilihan Raya dan Pembaharuan Institusi, untuk menjelaskan pelepasan kes rasuah terhadapnya berkaitan Yayasan Akalbudi.


Timbalan Perdana Menteri itu berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan pengerusi jawatankuasa itu, Encik William Leong Jee Keen, bahawa ia akan memanggil Peguam Negara (AG) Datuk Ahmad Terrirudin Mohd Salleh, untuk memberi penjelasan berhubung pelepasan itu.

“Saya serahkan kepada jawatankuasa untuk mengambil langkah untuk menjelaskan isu ini,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Forum Sektor Halal 2023 pada Rabu.

Pada Sidang Khas Dewan Rakyat pada Selasa lalu, Encik Leong berkata jawatankuasa itu juga akan memanggil mantan Peguam Negara, Tan Sri Idrus Harun, untuk menjelaskan isu pelepasan itu sambil menambah bahawa laporan akan dibentangkan selepas prosiding dijalankan.

Sementara itu, penyelaras ‘Perhimpunan Selamatkan Malaysia’, yang dijangka mengadakan perhimpunan pada Sabtu ini, memaklumkan mereka akan meneruskan rancangan itu walaupun tiga pemimpin Perikatan Nasional (PN) dipanggil polis.

Penyelaras perhimpunan itu, Encik Badrul Hisham Shaharin, lebih dikenali sebagai Chegubard, berkata walaupun “geram yang ditunjukkan oleh pihak berkuasa”, termasuk memanggil pemimpin PN, perhimpunan itu akan diteruskan sementara butirannya akan dimuktamadkan tidak lama lagi.

“Pihak penganjur akan mengadakan mesyuarat penyelarasan malam ini untuk memuktamadkan butiran. Kami akan membuat pengumuman esok (Khamis) setelah semuanya selesai,” katanya kepada pemberita di luar ibu pejabat polis Dang Wangi pada Rabu, menurut laporan akhbar The Star.


Encik Badrul menyeru semua rakyat Malaysia untuk mengambil bahagian dalam perhimpunan sempena Hari Malaysia, yang jatuh pada Sabtu.

“Kami berhasrat untuk memperjuangkan kebebasan bersuara dan menyuarakan hasrat kami untuk berarak dan menyelamatkan Malaysia.

“Isu terbesar yang kami suarakan ialah bagaimana pertuduhan terhadap Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi digugurkan, walaupun pihak pendakwaan pada mulanya mendapati prime facie (ada bukti) dalam kes itu,” katanya.


Mengulas mengenai demonstrasi yang dirancang oleh Pemuda Perikatan Nasional pada Sabtu ini, Datuk Ahmad Zahid berkata:

“Kita adalah negara demokrasi. Ada yang mahu menganjurkan (himpunan) dan yang lain mungkin tidak. Saya harap tidak akan berlaku sebarang pergaduhan di jalanan.”




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >