Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Zaid: Melayu M'sia harus jadi macam Melayu S'pura

Jun 25, 2015 | 05:59 PM



SEORANG mantan menteri Malaysia berkata beliau tidak sabar melihat orang Melayu Malaysia menjadi macam masyarakat Melayu di Singapura.


Datuk Zaid Ibrahim, bekas menteri undang-undang de facto Malaysia, berkata orang Melayu Singapura telah meraih manfaat daripada ekonomi yang moden dan maju di Singapura dan digalak oleh pemimpin politik mereka untuk membangunkan diri.


Sebaliknya, di Malaysia, orang Melayu gembira membiarkan pemimpin mereka membuat wang asalkan mereka berikrar hendak "mempertahankan" bahasa, bangsa dan agama.


"Saya tidak sabar melihat Melayu di sini jadi macam Melayu Singapura,'' kata beliau di blognya semalam.


Beliau berkata demikian untuk membetulkan laporan sebuah portal berita dalam talian mengenai satu tweetnya minggu lalu.


Dalam tweet tersebut, Datuk Zaid telah mengulas kenyataan Tun Dr Mahathir Mohamad bahawa Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Najib Razak akan membuat orang Melayu Malaysia seperti orang Melayu Singapura iaitu "rakyat kelas kedua" dan dipinggirkan.


"Semasa mengulas tweet saya minggu lalu, portal tersebut menyatakan saya tidak keberatan orang Melayu di sini dipinggirkan seperti Melayu Singapura asalkan mereka tidak menjadi pelampau seperti Taliban.


"Tafsiran tweet saya itu ternyata salah,'' katanya.


Menurut beliau, Dr Mahathir ternyata silap.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >