KUALA LUMPUR: Reman penyanyi Zamani Ibrahim yang ditahan berkaitan kes dadah minggu ini tidak disambung dan beliau sudah dibebaskan dengan ikat jaminan polis.
Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Penolong Pesuruhjaya Khairuddin Saat ketika dihubungi mengesahkan perkara terbabit dan memberitahu Zamani dibebaskan selepas proses dokumentasi selesai pada kira-kira jam 9.45 pagi di Balai Polis Hulu Kelang, semalam, lapor Berita Harian Malaysia.