Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Zelensky rayu tambah bantuan Barat untuk menang perang Russia

Feb 26, 2024 | 03:17 PM



KYIV: Presiden Ukraine, Encik Volodymyr Zelensky, pada 25 Februari sekali lagi berusaha meraih sokongan Barat apabila menyatakan kemenangan negaranya itu bergantung kepada sokongan negara Barat termasuk Amerika Syarikat untuk meluluskan pakej bantuan ketenteraan yang genting.


Menerusi pengakuan mengenai kelemahan tenteranya, Encik Zelensky berkata seramai 31,000 askar Ukraine sudah terbunuh dalam peperangan bagi menentang pencerobohan Russia, dan rancangan mereka untuk serangan balas pada musim panas lalu juga gagal.

Justeru, beliau merayu kepada negara Barat untuk meningkatkan peluang kemenangan Ukraine, sedang pencerobohan Russia itu memasuki tahun kedua.

“Sama ada Ukraine akan kalah atau keadaan menjadi sangat sukar untuk kami, atau adanya sejumlah besar korban, ia bergantung kepada anda, kepada rakan kongsi kami, dunia Barat,” kata Encik Zelensky.

Ukraine dalam beberapa minggu kebelakangan ini dilihat semakin lemah berikutan kekurangan peluru dan senjata.

Malah pakej bantuan Amerika bernilai AS$60 bilion ($80.6 bilion) juga tersekat, akibat perbalahan politik Kongres negara itu.

“Kami mempunyai harapan untuk Kongres dan saya yakin ia akan menjadi positif,” kata Encik Zelensky.

Selama berbulan-bulan Ukraine menyatakan bantuan Barat terlalu lambat untuk sampai sehingga ia meninggalkan kesan apabila perang menentang Russia.

Buat kali pertama Encik Zelensky menyatakan Russia kini mempunyai maklumat awal mengenai serangan balas mereka, dan serangan pada musim panas itu tidak berjaya.

“Pelan tindakan berada di meja Kremlin sebelum tindakan serangan balas bermula,” dedahnya yang pada Februari memecat Ketua Komander Tentera Valery Zaluzhny.

Bagaimanapun, Encik Zelensky berkata kerosakan perang Ukraine jauh lebih rendah daripada apa yang didakwa Russia.

“Sejumlah 31,000 askar Ukraine maut dalam perang ini. Bukan 300,000 atau 150,000 atau apa sahaja yang Encik Putin dan kumpulan pembohongnya katakan,” ujarnya.

Pada Disember, Menteri Pertahanan Russia, Encik Sergei Shoigu, berkata seramai 383,000 askar Ukraine maut atau cedera. – AFP.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >