Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Zika boleh sebabkan pekak: Kajian

Aug 31, 2016 | 12:22 PM



CHICAGO: Satu kajian di Brazil ke atas 70 bayi yang ibu mereka sah dijangkiti Zika mendapati hampir 6 peratus mengalami kehilangan pendengaran.



Ini menambah kepada senarai penyakit yang boleh disebabkan virus itu apabila wanita dijangkiti semasa hamil.



Kajian itu, yang disiarkan pada Selasa (30 Ogos) dalam laporan mingguan mengenai kematian dan penyakit oleh Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit, mengesahkan laporan kurang teliti sebelum ini mengenai masalah pekak dalam kalangan bayi yang dilahirkan oleh ibu yang dijangkiti Zika.



Penemuan ini sebahagian daripada usaha mencirikan sepenuhnya bahaya yang disebabkan oleh virus Zika semasa kehamilan.



Virus itu dikenali kerana menyebabkan kecacatan kelahiran mikrosefali teruk, dengan ciri-ciri kepala kecil dan otak mundur. Kajian lain menunjukkan Zika boleh menyebabkan kecacatan otak lain, masalah penglihatan dan kecacatan sendi.



Dalam kajian terkini, pasukan yang diketuai oleh Dr Marli Tenorio dan Dr Ernesto Marques daripada Yayasan Oswaldo Cruz di Pernambuco, Brazil, memeriksa rekod 70 bayi yang mengalami mikrosefali, yang ibu mereka disahkan oleh makmal dijangkiti Zika semasa hamil.



Mereka mendapati hampir 6 peratus bayi tersebut kehilangan pendengaran tanpa apa-apa sebab munasabah lain.



Beberapa jangkitan virus lain semasa hamil boleh menyebabkan kehilangan pendengaran, termasuk jangkitan rubella dan cytomegalovirus (CMV). Kajian itu memasukkan jangkitan Zika ke senarai tersebut.



Saintis mengatakan Zika kini harus dianggap sebagai faktor risiko kehilangan pendengaran, dan kanak-kanak terdedah semasa dalam kandungan tetapi mempunyai pendengaran normal semasa dilahirkan perlu diperiksa dengan kerap bagi kehilangan pendengaran beransur-ansur. - Reuters




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >