Subuh
5:40
Syuruk
6:59
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Zika: Lebih ramai pelancong pulang ke Eropah dari Amerika Latin dijangkiti

Jan 28, 2016 | 08:32 AM



COPENHAGEN: Denmark dan Switzerland pada Rabu (27 Jan) menyertai semakin banyak negara Eropah yang melaporkan jangkitan Zika dalam kalangan pelancong yang pulang dari Amerika Latin, di mana virus bawaan nyamuk itu dikatakan menjadi punca kes kecacatan kelahiran bertambah.


Ini berlaku sedang Presiden Amerika Syarikat, Encik Barack Obama, menggesa pada Selasa agar dibangunkan cepat ujian, vaksin dan rawatan melawan virus itu, yang boleh merebak ke Amerika Syarikat pada musim panas.


Pegawai kesihatan Amerika sedang meningkatkan usaha mengkaji hubungan antara jangkitan virus Zika dan kecacatan kelahiran, memetik satu kajian baru-baru ini yang menganggarkan virus itu boleh mencapai kawasan di mana 60 peratus penduduk Amerika tinggal.


Tiada vaksin atau rawatan khusus bagi Zika, penyakit serupa selsema dengan ruam berlaku tanpa disedari dalam majoriti kes. Kebanyakan pesakit merawat gejalanya hanya dengan ubat penahan sakit dan ubat-ubatan lain.


"Seorang pelancong Denmark yang pergi ke Amerika Tengah dan Selatan telah disahkan dijangkiti Zika sekembalinya," kata sebuah hospital di timur Denmark dalam satu kenyataan lewat Selasa.


Pesakit itu dijangka pulih sepenuhnya.


Dua orang yang pulang dari Haiti dan Colombia ke Switzerland juga disahkan menghidap virus itu, umum Pejabat Kesihatan Awam Federal negara itu. Mereka tidak hamil dan tidak memerlukan penjagaan hospital.


Seorang wanita di Stockholm disahkan menghidap virus itu Julai lalu, umum Agensi Kesihatan Awam Sweden. Beliau pulih selepas rawatan, katanya.


Britain telah melaporkan lima kes pada pelancong yang pulang dari Amerika Selatan sejak tahun lepas, manakala Belanda mengesahkan 10 kes, juga dalam kalangan mereka yang pulang dari rantau itu.


Virus Zika disebarkan oleh nyamuk Aedes aegypti, yang turut membawa denggi, chikungunya dan demam kuning.


Virus itu kali pertama dilaporkan di Afrika, Asia dan Pasifik sebelum melompat ke benua Amerika, di mana ia dikaitkan dengan peningkatan bilangan bayi yang dilahirkan dengan microcephaly, iaitu kepala yang luar biasa kecil, terutamanya di Brazil.


Jumlah kes kecacatan di Brazil melonjak daripada 163 setiap tahun secara purata kepada 3,893 selepas wabak Zika bermula tahun lepas.


Seramai 49 daripada bayi itu meninggal dunia. - AFP, Reuters




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >