Subuh
5:36
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:24
Maghrib
7:07
Isyak
8:19

1 dalam 3 pengguna Singapura jadi mangsa penipuan kad

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Ekonomi & Kerja
29
0

1 dalam 3 pengguna Singapura jadi mangsa penipuan kad

Jul 14, 2016 | 12:04 PM



ELAK melakukan perbuatan berisiko berkaitan kad anda, kerana ia boleh membuat anda menjadi mangsa penipuan kad.



Satu kajian menunjukkan kadar penipuan kad di Singapura adalah yang keenam tertinggi di dunia, dengan lebih satu dalam tiga pengguna di sini menjadi mangsa.



Firma huraian perbankan elektronik dan pembayaran ACI Worldwide berkata 36 peratus kad kredit, debit dan prabayar pengguna di sini mengalami kegiatan tanpa izin pada kad mereka dalam tempoh lima tahun lalu - melompat daripada 28 peratus dalam kaji selidik 2014.



Di Asia Pasifik, Singapura mempunyai kadar penipuan kad ketiga tertinggi, di belakang Australia dan India, berdasarkan data yang dikumpul oleh ACI Worldwide dan Aite Group.



Kajian Penipuan Kad Pengguna Global 2016 itu, yang dijalankan pada Mac, meninjau 6,035 pengguna dari 20 negara. Enam daripadanya ialah negara Asia Pasifik: Australia, New Zealand, India, Indonesia, Singapura dan Thailand.



"Di rantau Asia Pasifik, ada kaitan jelas antara perbuatan berisiko dan kejadian penipuan," kata Cik Giselle Lindley, perunding penipuan kanan di ACI Worldwide.



Kajian itu meninjau lima perbuatan berisiko: membiarkan telefon pintar tidak dikunci apabila tidak digunakan, membeli-belah atau melakukan perbankan dalam talian tanpa perisian keselamatan, menulis PIN pada kad, melayan e-mel atau panggilan meminta maklumat perbankan, dan membuang penyata bank tanpa dicarik-carik.



Pengguna Singapura telah berubah secara menyeluruh dalam perkara keselamatan itu antara antara 2014 dan 2016. Namun, sebahagian besar daripada 303 orang yang ditinjau di sini masih melakukan perbuatan berisiko.



Sebagai contoh, 24 peratus daripada responden Singapura membiarkan telefon mereka tidak dikunci semasa tidak digunakan, sementara 19 peratus membeli-belah atau melakukan perbankan dalam talian tanpa perisian keselamatan.



Apabila penipuan dilaporkan, lebih ramai pengguna amat tidak berpuas hati atau agak tidak berpuas hati - sebanyak 40 peratus - dengan pengalaman jagaan lanjut yang disediakan oleh bank. Ini meningkat daripada 33 peratus yang dicatat dalam kajian sebelumnya.



Di peringkat global, Mexico menduduki tempat teratas dengan kadar penipuan paling tinggi, 56 peratus, diikuti oleh Brazil dengan 49 peratus, dan Amerika Syarikat 47 peratus.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >