26,000 syarikat dibantu bagi perluasan ke luar negara

SEBANYAK 26,000 syarikat dibantu oleh International Enterprise (IE) Singapore bagi rancangan perluasan mereka di luar negara.

Lebih 85 peratus syarikat itu merupakan syarikat kecil dan sederhana (SME).

Majoriti daripada syarikat-syarikat itu telah memanfaatkan Bantuan Persediaan Pasaran (MRA) IE Singapore yang menyediakan sokongan luas bagi syarikat-syarikat yang baru dalam penyejagatan.

Antara lain, syarikat-syarikat ini menerima maklumat pasaran, maklumat pakar dan dibimbing mengenai asas-asas penyejagatan melalui seminar, bengkel dan pangkalan kajian.

Geran lebih $15.7 juta diluluskan di bawah MRA bagi 3,574 syarikat bagi mereka memulakan langkah ke luar negara.

Bagi syarikat yang lebih mantap dan ingin meningkatkan kedudukan mereka di luar negara, IE Singapore menyokong mereka melalui Usaha sama Syarikat Sejagat (GCP). Geran sebanyak $24.8 juta sudah diluluskan bagi membantu 348 syarikat dalam pembangunan keupayaan, akses pasaran dan tenaga buruh dalam membantu operasi mereka di luar negara.

Waktu Solat

Subuh
5:35
Syuruk
6:59
Zuhur
1:01
Asar
4:25
Maghrib
7:02
Isyak
8:17
3 HR PSI: 40
27°/ 24 °
Tuesday - Thundery showers mainly over northern and eastern Singapore in the afternoon.
Wednesday - Late morning and early afternoon thundery showers.
Thursday - Afternoon thundery showers.