SINGAPURA dan 49 negara lain telah menandatangani Syarat-Syarat Perjanjian (AoA) Bank Pelaburan Prasarana Asia (AIIB) di Beijing semalam.
AIIB akan berperanan sebagai institusi kewangan berbilang pihak yang tertumpu pada pembangunan prasarana di Asia, dan Singapura akan menyumbang AS$250 juta ($338 juta) kepadanya, menurut satu kenyataan Kementerian Kewangan.