DALAM satu pakatan yang pertama di antara syarikat penerbangan bajet (LCC), lapan syarikat penerbangan Asia yang bersaing telah bersatu dengan membentuk satu pakatan.
Pakatan yang dikenali sebagai Value Alliance itu bertujuan menambah trafik pesawat penghubung dan memudahkan penumpang menempah penerbangan menggunakan satu wadah tempahan yang sama bagi 160 destinasi Asia Pasifik.