Subuh
5:41
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:09
Isyak
8:19

Abu Bakar dilantik anggota lembaga Yayasan Maritim Singapura

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Ekonomi & Kerja
29
0

Abu Bakar dilantik anggota lembaga Yayasan Maritim Singapura

Jan 13, 2018 | 05:30 AM



PENGARAH Urusan (Gas dan Kapal khusus) Keppel Offshore & Marine Ltd, Encik Abu Bakar Mohd Nor, telah dilantik sebagai antara anggota lembaga baru Yayasan Maritim Singapura (SMF) tahun ini.



Encik Abu Bakar, yang juga pemenang Anugerah Jauhari Berita Harian tahun lalu, bersama dua muka baru lain, menerima surat perlantikan itu semasa majlis pelancaran Rancangan Perubahan Industri (ITM) bagi Pengangkutan Laut, semalam.



SMF, yang ditubuhkan pada 2004, giat bekerjasama dengan rakan industri dan institusi pengajian tinggi bagi meningkatkan profil sektor maritim Singapura.



Semasa dihubungi, Encik Abu Bakar, 52 tahun, berkata beliau berharap dapat memberi sumbangan bagi mewujudkan sistem eko maritim yang lebih rancak.



Menjelaskan lebih lanjut tentang bidang tumpuannya, beliau berkata:



"Kita perlu fokus kepada meningkatkan tanggapan tentang industri ini yang dinamik dan luas serta menawarkan peluang kepada sesiapa sahaja yang mahu membangunkan potensi mereka atau mencari pendedahan.



"Mereka yang mencari pekerjaan dan pelajar yang mahu memanfaatkan biasiswa atau kerjaya maritim boleh bergantung dan memanfaatkan sistem eko ini."



Encik Abu Bakar yang berpengalaman selama lebih 27 tahun dalam bidang itu, juga ghairah mahu berkongsi pengalaman dan kepakarannya bagi memajukan industri berkenaan.



"Selain daripada menyediakan pandangan dalam bidang seperti keselamatan, operasi dan komersial dalam lepas pantai serta marin, saya juga ghairah mahu berhubungan dan melibatkan generasi ketua lebih muda dalam industri ini serta memastikan yang kami dapat menyediakan mereka bimbingan serta pembangunan yang diperlukan," ujar beliau.



Dua anggota lembaga SMF baru yang lain adalah Encik Prem K. Gurbani, Rakan Pengasas, Gurbani & Co LLC; dan Encik Punit Oza, Naib Presiden, Ketua Supramax Pacific, Klaveness Asia Pte Ltd.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >