SYARIKAT gergasi e-dagangan dari China, Alibaba, telah memilih Singapura sebagai ibu pejabat bagi cabang pengkomputeran awannya (cloud computing), Aliyun, dan pusat data baru dalam usahanya berkembang secara global.
Menurut Naib Presiden Aliyun, Encik Ethan Yu, Singapura adalah destinasi semula jadi bagi penubuhan ibu pejabatnya bagi peluasan di luar negara.