Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19

Anak Daim Zainuddin diisytihar bankrap

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Ekonomi & Kerja
29
0

Anak Daim Zainuddin diisytihar bankrap

Aug 18, 2016 | 07:59 AM



ANAK mantan menteri kewangan Malaysia, Tun Daim Zainuddin, dijadikan muflis minggu lalu berhubung hutangnya sekitar $1.65 juta dengan Maybank Kim Eng Securities.



Encik Md Wira Dani Abdul Daim telah meletak jawatan sebagai pengarah bukan bebas dan bukan eksekutif LionGold Corp, kata satu kenyataan yang difailkan dengan Bursa Singapura.



Kenyataan itu menunjukkan beliau berhasrat menyelesaikan urusan peribadi berikutan perintah muflis mahkamah itu, yang beliau merancang selesaikan dalam tempoh 30 hari akan datang.



Encik Wira, 37 tahun, juga telah berhenti menjadi pengerusi eksekutif ISR Capital sejak Isnin (15 Ogos). Syarikat tersenarai itu ialah sebuah firma penasihat pelaburan dan memberi tumpuan pada ruang sumber semula jadi, menurut laman webnya.



Maybank mendapatkan penghakiman Mahkamah Tinggi terhadap Encik Wira pada Mac lalu untuk menuntut hutangnya sebanyak $2.459 juta. Wang itu dikatakan dipinjam Encik Wira untuk membeli saham LionGold.



Saham dalam LionGold serta Blumont Groups dan Asiasons Capital menjunam pada Oktober 2013, mengurangkan sekitar $6.9 bilion nilai pasaran tiga syarikat itu dalam masa tiga hari, menurut laporan media.



Ia membawa kepada siasatan rasmi mengenai penyelewengan yang disyaki, dan tindakan undang-undang telah difailkan oleh pelbagai pihak, walaupun ketiga-tiga syarikat itu berkata mereka tidak tahu sebab-sebab kejatuhan tersebut.



LionGold, yang terlibat dalam perlombongan emas, mempunyai nilai pasaran berjumlah $26.9 juta pada Jun tahun lalu, berbanding $1.59 bilion pada kemuncaknya pada Ogos 2013.



Encik Wira bersetuju untuk membayar bank secara ansuran tetapi, menjelang Ogos 2014, telah membayar hanya $100,000.



Maybank pada April menerima tawaran daripada peguam beliau, Encik Woo Tchi Chu, untuk melunaskan hutang itu, dengan $1 juta dibayar dalam dua tahap dalam tempoh bulan itu dan bakinya menjelang akhir Jun.



Namun, Maybank menerima hanya kira-kira $835,950, kurang $1,650,642 hingga mencetuskan tindakan muflis itu.



Encik Wira dikatakan mempunyai hartanah di Singapura, menurut dokumen mahkamah yang difailkan.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >