Topik diikuti
Pergi ke BHkuAnak muda teroka niaga bersihkan kubur

BERTUKAR IDEA: Seorang kakitangan Pusara Cleaners, Encik Muhammad Azahar (kiri), Encik Ardilas dan Encik Heryanto sedang bertukar-tukar idea dengan Encik Fadzuli (dua dari kanan) serta kakitangannya, Encik Khairul Anwar. Encik Azram tidak ada dalam gambar. - Foto TAUFIK A. KADER
Jun 11, 2016 | 5:30 AM
Anak muda teroka niaga bersihkan kubur
SEDANG ramai generasi muda menjauhkan diri daripada perniagaan tradisional, tiga anak muda merebut peluang berniaga dalam bidang pembersihan kubur.
Awal tahun ini, Encik Mohamed Ardilas Mohamed Nassir, 35 tahun; Encik Heryanto Kamis, 32 tahun; dan Encik Azram Aziz, 36 tahun; menubuhkan syarikat khidmat pembersihan kubur, Pusara Cleaners.