Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:14
Maghrib
7:15
Isyak
8:22

Angka muktamad ekonomi Q4 dan 2016 dikeluarkan 17 Feb

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Ekonomi & Kerja
29
0

Angka muktamad ekonomi Q4 dan 2016 dikeluarkan 17 Feb

Feb 10, 2017 | 11:59 AM



Kementerian Perdagangan dan Perusahaan (MTI) akan mengeluarkan kajian ekonomi 2016 Singapura pada 17 Feb pada 8 pagi.

Laporan itu akan memberi angka muktamad pertumbuhan ekonomi pada suku keempat dan keseluruhan 2016, termasuk maklumat terperinci mengenai prestasi mengikut sektor, sumber pertumbuhan, inflasi, pekerjaan dan produktiviti.

Anggaran awal yang dikeluarkan bulan lalu menunjukkan ekonomi Singapura tumbuh lebih baik daripada jangkaan tahun lepas, iaitu 1.8 peratus, berbanding unjuran pertumbuhan 1.0 hingga 1.5 peratus yang diumum MTI sebelum itu.

Dari segi tahun ke tahun, hasil dalam negeri kasar (GDP) meningkat 1.8 peratus bagi suku Oktober-Disember, lebih tinggi daripada pertumbuhan 1.2 peratus pada suku sebelumnya, menurut anggaran itu.

Ekonomi Singapura juga mengelakkan kemelesetan teknikal pada suku keempat apabila pengeluaran perkilangan melonjak, dengan GDP berkembang 9.1 peratus daripada suku sebelumnya, menterbalikkan penguncupan 1.9 peratus.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >