BANK terbesar di Singapura, DBS, telah melancarkan satu aplikasi baru yang membenarkan pengguna memindahkan sehingga $999 sehari kepada akaun DBS dan POSB lain dengan hanya memasukkan nombor telefon penerima.
Ini akan membantu pengguna membuat pelbagai bayaran daripada yuran tuisyen anak mereka kepada gaji pembantu rumah atau membeli daripada sebuah kedai alam maya tanpa bimbang tersilap memasukkan nombor akaun.