PARA pembeli dan penjual flat Lembaga Perumahan dan Pembangunan (HDB) kini dapat membuat anggaran lebih baik bagi harga urus niaga flat dengan pelancaran satu alat aplikasi penetapan harga oleh Singapore Real Exchange (SRX).
Aplikasi percuma dalam talian yang dinamakan X-Value itu mengira anggaran harga flat dengan menggunakan kaedah yang dinamakan Analisis Pasaran Sama (CMA) berdasarkan harga urus niaga flat yang paling relevan dan terkini.