Subuh
5:36
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:24
Maghrib
7:07
Isyak
8:19

Ashley Isham kongsi cabaran pereka fesyen sebagai peniaga

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Ekonomi & Kerja
29
0

Ashley Isham kongsi cabaran pereka fesyen sebagai peniaga

Apr 28, 2014 | 07:18 PM



KREATIVITI sahaja tidak menjamin seorang pereka fesyen akan berjaya dalam perniagaannya, menurut pereka fesyen antarabangsa Ashley Isham.


Malah, seorang pereka fesyen itu perlu memahami pasaran yang akan diterokainya, berani, mempunyai minda yang kukuh dan tidak takut untuk gagal.


"Kreativiti sahaja tidak cukup kerana kita berniaga. Dalam kerjaya saya yang bermula dari tahun 2000, saya melihat banyak jenama pereka fesyen lenyap. Jadi, kerja keras, mempunyai visi dan semangat waja amat penting untuk berjaya,'' kata Encik Ashley atau nama sebenarnya Eshamuddin Ismail, dalam e-melnya kepada Berita Harian (BH).


Beliau antara usahawan yang akan mengongsi rahsia kejayaannya menempa nama di ibu kota fesyen di London di Persidangan Perniagaan Melayu/Islam (MMBC) anjuran Dewan Perniagaan dan Perusahaan Melayu Singapura (DPPMS) pada 7 Mei ini di Hotel Orchard.


Menurutnya, biasanya pereka fesyen antarabangsa menimba pengalaman dengan bekerja sambil belajar dengan syarikat fesyen tetapi beliau mengambil laluan berbeza dengan memulakan jenamanya sendiri, Ashley Isham, pada 2000.


"Ia bukan laluan mudah tetapi ia menjadikan saya lebih dewasa. Saya belajar mengenai rekaan, penghasilan pakaian, pemasaran dan menjalankan perniagaan dengan cara yang pantas.


"Selama 14 tahun, saya sebagai pereka warga Singapura yang berpusat di London, telah banyak melihat pereka lain datang dan pergi tetapi saya tetap komited dan fokus terhadap kerjaya saya walaupun telah melalui liku-liku pahit dan manis,'' ujar Ashley, yang juga pemenang Anugerah Jauhari BH.


Ikuti laporan lanjut di Berita Harian esok.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >