Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19

Baht, saham Thai jatuh susuli kenyataan istana tentang kesihatan raja

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Ekonomi & Kerja
29
0

Baht, saham Thai jatuh susuli kenyataan istana tentang kesihatan raja

Oct 10, 2016 | 02:09 PM



BANGKOK: Indeks saham utama Thailand jatuh 3.6 peratus dan mata wang baht jatuh ke paras terendah dalam lebih dua bulan pada Isnin (10 Oktober), sehari selepas istana berkata kesihatan Raja Bhumibol Adulyadej, yang berusia 88 tahun, dalam keadaan tidak stabil.



Bursa Saham Thailand jatuh apabila dagangan dibuka ke paras paling rendah dalam hampir sebulan.



Baht Thai susut ke serendah 35.065 berbanding sedolar Amerika, turun hampir 0.5 peratus dan paling lemah sejak Julai 26. Ia kemudian naik sedikit ke 34.99.



"Pasaran cenderung menunjukkan respons yang lebih berkaitan berita mengenai keluarga diraja, daripada berita mengenai pergolakan politik yang berlaku pada masa lalu," kata seorang ahli ekonomi berpangkalan di Singapura, yang enggan dikenali kerana sensitiviti perkara itu.



Seorang peniaga berpangkalan di Bangkok, yang juga enggan dikenali, berkata kesihatan raja satu kebimbangan bagi pelabur tempatan dan asing.



Raja Thailand, yang memerintah paling lama di dunia, berada dalam keadaan tidak stabil selepas menerima rawatan hemodialisis, umum istana dalam satu kenyataan lewat Ahad (9 Okt).



Berita mengenai raja dipantau dengan teliti dalam pasaran kewangan di Thailand. Beliau dihormati ramai di negaranya dan dilihat sebagai pemutus dalam politik. - Reuters




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >