Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22

Bank Mandiri tawar khidmat teroka niaga di Indonesia

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Ekonomi & Kerja
29
0

Bank Mandiri tawar khidmat teroka niaga di Indonesia

NORHAIZA HASHIM
Mar 27, 2014 | 04:52 PM



SYARIKAT-SYARIKAT Melayu Singapura yang ingin menembusi pasaran Indonesia boleh memanfaatkan khidmat kewangan ditawarkan PT Bank Mandiri, bank terbesar dari segi aset di Indonesia, yang telah membuka cawangannya yang pertama di Singapura.


Mereka boleh memanfaatkan nasihat bank itu jika mahu menjalankan perniagaan dan melabur di Indonesia, menurut Ketua Negara Bank Mandiri di Singapura, Encik Philip Koh.


Bank Mandiri, yang terletak di Asia Square Tower 2, menumpukan perhatian dalam menyediakan dagangan kewangan tersusun (structured trade finance), perbendaharaan kewangan (treasury), perbankan pelaburan, khidmat pinjaman dua hala dan khidmat broker saham.


Dua unit Bank Mandiri, iaitu Mandiri Manajeman Investasi dan Mandiri Sekuritas, juga terletak di cawangan itu, kali pertama dua anak syarikat itu dibentuk di luar Indonesia.


Dalam temubual dengan Berita Harian (BH) hari ini, Encik Koh berkata Indonesia merupakan sebuah ekonomi yang sedang pesat berkembang dan menjadi destinasi pelaburan semakin popular di kalangan syarikat-syarikat Singapura.


"Berbanding bank-bank lain di Indonesia, Bank Mandiri merupakan bank terbesar, lantas rangkaian cawangan dan ATM kami di Indonesia sukar ditandingi bank lain.


"Jadi, jika syarikat Singapura ingin membuat bayaran ke syarikat pembekal di Indonesia atau menerima bayaran dari Indonesia, mereka boleh memanfaatkan khidmat Bank Mandiri dari Singapura,'' ujar Encik Koh.


Malah, bank itu juga menyediakan khidmat pembiayaan dagangan (trade financing) bagi syarikat yang ingin menjalankan dagangan di Indonesia.


"Jika terdapat syarikat Singapura yang berminat untuk meneroka industri tertentu di Indonesia, kami boleh mendapatkan kakitangan kami bagi meneliti industri itu untuk memberikan nasihat atau memadankan dengan pihak-pihak tertentu,'' jelas Encik Koh.


Laporan penuh di BH esok.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >