Bank RHB M'sia akan luaskan operasinya di S'pura

NORHAIZA HASHIM

KUMPULAN perbankan Malaysia, RHB Bank, akan meluaskan perniagaannya tiga kali ganda di Singapura.

Antara lain, ia akan menggandakan bilangan kakitangannya bagi dua tahun mendatang dan menumpukan perhatian kepada perniagaan perbankan, korporat dan pelaburan.

Bercakap di perasmian cawangan terbaru RHB di Westgate Mall, Pengarah Perniagaan Antarabangsa Kumpulan RHB Banking Group, Encik U Chen Hock, berkata ia akan menambah produk tawaran di Singapura bagi segmen pelanggan baru dengan memperkenalkan khidmat pengurusan harta pada pertengahan tahun ini.

Menyusuli gabungannya dengan OSK-DMG & Partners Securities tahun lalu, ia juga mempunyai keupayaan lebih kukuh bagi menyediakan khidmat bagi perbankan korporat dan pelaburan.

Bagi memenuhi perluasan itu, RHB Bank Singapore akan menggandakan bilangan kakitangannya dari 500 orang kepada 1,000 orang.

Waktu Solat

Subuh
5:35
Syuruk
6:58
Zuhur
1:01
Asar
4:25
Maghrib
7:01
Isyak
8:16
3 HR PSI: 71
27°/ 24 °
Tuesday - Thundery showers mainly over northern and eastern Singapore in the afternoon.
Wednesday - Late morning and early afternoon thundery showers.
Thursday - Afternoon thundery showers.