Subuh
5:42
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:20
Maghrib
7:09
Isyak
8:19

Bayaran lewat oleh syarikat Singapura bertambah dek niaga lembap

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Ekonomi & Kerja
29
0

Bayaran lewat oleh syarikat Singapura bertambah dek niaga lembap

Oct 03, 2016 | 01:43 PM



PRESTASI pembayaran syarikata tempatan merosot pada suku ketiga, menurut angka yang dikeluarkan pada Isnin (3 Okt) oleh Biro Kredit Komersial Singapura (SCCB).



Pembayaran cepat berkurangan kepada 42.2 peratus daripada transaksi pembayaran pada suku ketiga (Q3), berbanding 51.1 peratus dalam tempoh sama tahun lepas.



Pembayaran lembap bertambah dengan ketara, membentuk 46.4 peratus daripada transaksi pembayaran pada suku Julai hingga September lalu, daripada 38.3 peratus pada Q3 2015.



Prestasi merosot itu berlaku di semua lima industri. Ini berbeza daripada Q2 apabila pembayaran lembap kurang di semua industri.



Kelewatan pembayaran juga bertambah dengan ketara berbanding setahun lalu di semua lima industri, menurut SCCB.



Sektor binaan paling teruk terjejas pada Q3 dengan bayaran lembap mencecah paras paling tinggi 50.8 peratus bagi sektor ini. Ini sebahagian besarnya disebabkan oleh prestasi pembayaran lemah oleh kontraktor perdagangan khas, kata SCCB.



D&B Singapore menyusun angka suku tahunan itu dengan memantau lebih daripada 1.6 juta transaksi pembayaran firma yang beroperasi melalui SCCB.



Bayaran tepat pada masanya ialah apabila sekurang-kurangnya 90 peratus jumlah bil dibayar mengikut syarat pembayaran yang dipersetujui manakala bayaran lambat lebih 50 peratus daripada jumlah bil dibayar lewat daripada tempoh kredit yang dipersetujui.



"Prestasi pembayaran lemah pada Q3 petunjuk jelas bahawa syarikat di sini berasa kesan krisis kredit," kata Ketua Pegawai Eksekutif D&B Singapore, Cik Audrey Chia.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >